Assalamualaikum,
Maaf sebab sudah lama tidak mengemaskini mahupun menambah bahan-bahan di dalam blog ini. Hari ini, 22 Februari 2012, maka genaplah 20 tahun Arwah meninggalkan kita semua. Perginya semasa kita semua masih dahagakan persembahannya, celotehnya, nyanyiannya, gurau sendanya, kata-kata nasihatnya dan bermacam-macam lagi. Abang Sudir sehingga kini masih tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Abang Sudir, you are THE ONE AND ONLY ABANG SUDIR.
Setiap tahun beberapa Rancangan disusun oleh RTM dan juga TV3 bagi mengenang jasa-jasa Abang Sudir. Terima kasih diucapkan kepada RTM dan TV3. Tetapi saya agak terkilan juga kerana seingat saya TV3 dan RTM terutamanya mempunyai banyak Rakaman Konsert-konsert dan Rancangan-rancangan yang dihoskan oleh Abang Sudir mahupun Rancangan-rancangan di mana Abang Sudir turut serta. Sudah 20 tahun Abang Sudir pergi meninggalkan kita namun saya rasa tidak pernah sekalipun RTM mahupun TV3 menayangkan kembali Konsert-konsert mahupun Rancangan-rancangan tersebut semula secara keseluruhannya. Jika adapun mungkin 1 atau 2 sahaja walhal saya rasa koleksi yang RTM sepatutnya ada teramatlah banyak sekali. RTM kebiasaannya akan mengambil beberapa klip lagu daripada beberapa Konsert ataupun Rancangan dan dicantumkan untuk dijadikan satu Konsert mengenang Abang Sudir. Kenapa RTM tidak menayangkan kembali keseluruhan Konsert atau Rancangan tersebut?
Kesian Abang Sudir....Penat lelahnya, pengorbanan yang dilakukan untuk RTM dan TV3 semasa hayatnya seperti tidak dihargai.... Bukan sahaja RTM dan TV3 tetapi saya rasa pihak-pihak lain juga. Misalannya rumah Allahyarham Sudirman sepatutnya di"preserve" dan dijaga sebagaimana Rumah P.Ramlee di Pulau Pinang. Amat menyedihkan bila saya dapat tahu rumah Abang Sudir sudah terbakar dan teramat sedih sekali bila menonton TV3 tadi di mana pihak MHI telah melawat tapak rumah Allahyarham, saya lihat rumah tersebut sudah dipenuhi dengan semak samun. Di manakah pihak-pihak yang sepatutnya menjaga rumah tersebut? Rumah tersebut adalah salah satu khazanah peninggalan Allahyarham, kenapa ianya tidak dijaga sebaik-baiknya? Semasa hayatnya terlalu banyak jasa-jasanya untuk negara. Abang Sudir berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia dan dia berjaya melakukannya dengan kemenangannya di Royal Albert Hall, tapi apa yang negara lakukan untuknya setelah dia tiada???? Sedih bukan?
Abang Sudir apakan daya kami hanya peminat Abang Sudir yang kerdil, tidak mampu hendak membuat apa-apa. Cuma luahan ketidakpuasan hati yang dapat kuutarakan. Sekiranya ada yang membaca posting ini yang mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu, sudi-sudilah memperpanjangkan perkara ini kepada pihak-pihak yang berkenaan. Terima kasih.
Al-Fatihah buat Abang Sudir yang kami rindui....
No comments:
Post a Comment