ABANG SUDIR - DI DALAM MEMORI

Abang Sudir - In Memory Slideshow: Nurma’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Monday 27 February 2012

TERINGAT-INGAT : Pertemuan Pertama....

Masih kuingat lagi hari itu tanggal 24 Mac 1984, hari Sabtu, 12.30 tengahari, buat pertama kalinya aku bertemu dengan idolaku - Abang Sudir.

Pertemuan pertamaku dengan Abang Sudir bertempat di parking lot di Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Masa itu Abang Sudir baru selesai membeli belah bersama seorang rakannya. Walaupun ketika itu aku bersama dengan kakakku ke sana tetapi aku terpaksa "berdepan" dengan Abang Sudir seorang diri sebab kakakku - malu... Memang panik betul masa tu, tapi aku gagahkan juga kakiku melangkah ke arah Abang Sudir. Ye lah bukan senang nak jumpa Abang Sudir.......

Setelah berhadapan dengan Abang Sudir, akupun terus berkata, "Can I have your autograph?" "Yes, sure," jawab Abang Sudir. Abang Sudirpun bertanyakan namaku dan akupun memaklumkannya. Abang Sudirpun terus mencatit sesuatu di dalam buku autographku. Tiba-tiba Abang Sudir memandang ke arahku dan berkata, " So, you're the one that always write to me!!" Masa tu bermacam2 perasaan bermain di fikiranku. Malu - memikirkan entah apa-apa yang aku tulis pada Abang Sudir. Happy - sebab Abang Sudir ingat namaku. Kagum - sebab dalam beribu-ribu peminat Abang Sudir, Abang Sudir boleh ingat nama ku… Itulah antara keistimewaan Abang Sudir - daya ingatannya tersangatlah bagus! 

Padaku, akulah orang yang paling bahagia pada hari itu. Malangnya aku tidak tahu bahawa pada ketika itu Abang Sudir sedang bertarung dengan krisis rumahtangganya dan 2 bulan selepas itu Abang Sudir berpisah dengan Kak Kay. Kesian Abang Sudir....

Inilah autograph pertamaku dari Abang Sudir

1 comment:

  1. Hi, slm.
    bertuah nyer akak dpt kenal abg sudir ni. sy ms dier tgh famous sy still kecik lg. mesti best kn akak dpt jumper dier, bls surat dgn dier. best nyer..

    akak, blh x kalau sy nk semua rakaman radio tu? best nyer suara dier. rs mcm lepas rindu jer.

    ReplyDelete

Para Pengikut

Jumlah Pelawat